Wednesday, December 22, 2010

Kerja orang blog tak reti dosa pahala - Nik Aziz / Utusan Malaysia 23/12/2010 (Khamis)

Kerja orang blog tak reti dosa pahala - Nik Aziz

KOTA BHARU 22 Dis. - "Kerja orang blog ini tak reti dosa pahala," demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai pendedahan sebuah blog berhubung dakwaan .........

"Malaysia ini suasana dia, suasana tak reti dosa pahala. Inilah yang menyebabkan hakim syarie ditangkap rasuah.  "Hakim syarie ini belajar syariah dan dia bertugas di mahkamah syariah, adakah masuk akal orang macam ini ditangkap rasuah.

"Inilah suasana Malaysia, macam tak ada agama, baik sikit daripada komunis, komunis tak ada tuhan langsung, tapi kita ada tuhan, buat apa," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Potong stim betul lu Nik Aziz ni... Gua baru nak start blogging, dah ada pulak statement macam tu.  Tak apa, gua ambil benda ni sebagai "gentle reminder" supaya gua juga tak terbabas dan tak jadi macam apa yang Nik Aziz ni cakap. 

Permulaan...

Blog ni adalah tulisan menganti suara dan isi hati gua. Dan gua menulis apa yang gua nak cakap... Kebanyakan tulisan gua akan menyentuh tentang tanah Malaysia hari ini, semalam, terdahulu atau terkemudian.  Topik pulak boleh melangkau batas, ikut apa yang panas pada masa ni... politik, sukan, muzik, keluh-kesah orang kampung, rongeng orang bandar... apa saja yang gua nak tuliskan, gua akan tulis.


Sepekara yang pembaca perlu ingat...., blog ini adalah tulisan menganti suara dan isi hati gua.  Lu tak perlu setuju dan tak perlu beria-ia sangat untuk tak bersetuju dengan tulisan gua.  Lagi pun, ada berjuta blogspot lain kat dunia ni, kekalau terasa blog ni tak serasi ngan jiwa lu, cari dan baca blogspot-blogspot yang lain.  Sombong?... Tidak, gua adalah gua.... sesusuk jiwa merdeka dan tak minat untuk dijajah.  


Gua punya posting mungkin 2 atau 3 baris aje untuk satu post.... dan mungkin berjela-jela. Hmmm, mungkin.  Gua mungkin akan menulis pasal Anwar Ibrahim, Tun Mahathir, Kerajaan, Kementerian, cerita daripada Berita Harian, Utusan.... mungkin.


Gua mungkin akan kerap menulis, dan mungkin akan malas menulis... Salam permulaan untuk semua